Bangbi (Bangkok + Krabi) Trip Day 5

Alhamdulillah. Sudah masuk 5 hari kitorang di bumi Thailand ni. Memang seronok dan happy. Banyak tempat-tempat menarik yang kitorang dah lawati. Untuk hari ini, kitorang akan pergi melawat Phi-phi Island. Tempat yang wajib korang lawat bila datang ke Krabi.

FYI, majoriti population kat Krabi ini adalah muslim. Sebab tu korang boleh nampak masjid merata-rata tempat. Ada 1 masjid yang terletak dekat dengan hotel kitorang.

Ini lah mode of transportation dari hotel untuk pergi ke bot. Korang kena tengok nasib, ada masa naik lori. Kadang-kadang naik van je. Tapi memang best naik lori macam ni.

Lori tadi turunkan kitorang dekat tepi pantai. Akan ada ramai orang yang akan berkumpul kat sana. Lepas dia bahagikan kitorang kepada beberapa kumpulan (ada 20 orang dalam 1 kumpulan), kitorang perlu berjalan kaki menuju ke tepi pantai. Tempat tu tak berapa jauh, dalam 10 minit je korang perlu berjalan.

Better korang jalan laju sikit menuju ke bot tu, supaya korang boleh dapat tempat duduk yang best sikit. Tapi korang jangan risau, sebab bot ni memang besar. Muat 20 orang dalam bot ni.

Bila dapat tempat yang best, maka senang la korang nak tangkap gambar yang cantik-cantik.

So ini adalah pulau pertama tempat kitorang berhenti, bamboo Island. Pantai kat sini memang biru dan cantik.

Basically korang boleh berjalan-jalan keliling pulau untuk tangkap gambar cantik-cantik. Nak main air pun best sebab air dia jernih.

Kitorang berenti kat pulau ni dalam sejam lebih. Korang kena make sure korang naik bot yang betul, sebab memang akan ada banyak bot kat sana.

Perjalanan diteruskan dengan melawat 1 teluk. Teluk ni is part of Phi-phi Island. Teluk ni korang boleh lalu dan tangkap gambar je. Takde tempat berenti. Tapi view dia memang very amazing.

Then kitorang pun pergi menuju ke Maya Bay. View kat sini memang sangat-sangat cantik. FYI kat sini la tempat dorang rakam filem The Beach. Lepas je keluar filem tu, terus famous tempat ni. Cuma yang kureng sikit adalah terlalu ramai sangat orang kat sini. So kena bersesak-sesak sikit la kat sini.

map-phi-phi-islands

Last picture kat Maya Bay before pergi luch kat Phi-phi Island.

Kat sini la kitorang makan tengah hari. Jangan risau makanan memang ditanggung halal.

Dah habis lunch, memang layan kalau dapat makan Aiskrim Kelapa. Seriously aiskrim dia memang rasa sedap gila. Rugi kalau tak cuba.

Otw balik tu dapat jumpa pelangi!

Muka keletihan

Masa on the way balik tu, hujan turun. Nasib baik hujan turun masa kita balik, lepas dah melawat semua tempat. Alhamdulillah kitorang selamat sampai dalam pukul 3 macam tu. Untuk sapa-sapa yang pergi Krabi korang wajib melawat Phi-phi Island ni. memang puas hati.

Bangbi (Bangkok + Krabi) Trip Day 4

Hari ini hari ke 4 untuk trip ni. Hari ini juga hari terakhir kitorang kat Bangkok, kitorang akan fly menuju ke Krabi tengah hari ni. Flight kitorang depart pukul 11am. Disebabkan masa yang cukup singkat, so kitorang memang tak da plan nak jalan mana-mana pun. Kitorang plan terus menuju ke airport lepas checkout dari hotel. Kalau nak diikutkan airport dengan hotel tu tak jauh mana pun, so kitorang plan nak jalan depan sikit untuk ambik teksi. Kalau nak diikut logic, teksi kat jalan lagi murah berbanding kalau teksi yang pick up kat guesthouse sebab kita panggil dia datang kan (ini logic kepala saya). Bertitik tolak dari logic akal ni lah kitorang mengalami peristiwa gelap bagi trip kali ini.

Good bye Wendy House!!

Untuk pengetahuan korang, 5 orang je yang naik flight sama ke Krabi iaitu saya, Tong, Cue, Jo and Zeti. Aan, Farid and Acap naik flight petang tu. So kitorang berlima pun jalanlah sampai ke area jalan besar untuk tunggu Taxi. Peliknya, kitorang tunggu dekat 10 minit tapi takde teksi pun berenti. Hati ni dah mula nervous sikit, ye la takot tertinggal flight nanti. Waktu tu pun dalam pukul 8 lebih, so jalan mestilah Jam kan. Dah la kitorang berlima, mesti kena split teksi nanti. Nak tunggu 1 teksi pun kena tunggu lama. Tiba-tiba ada satu teksi ni berhenti, kitorang dah mula rasa lega. Bila dibukak pintu, kelihatan pemandu teksi tu adalah seorang lelaki umur 30an. Kitorang cakap nak pergi airport, pakcik tu pun angguk walaupun dia tak berapa fasih nak bercakap english. Nak dijadikan cerita pakcik tu suruh kitorang lima-lima sekali naik 1 kereta. Baguslah macam tu, boleh jimat sikit tambang teksi tu nanti bila bahagi 5 walaupun kitorang berhimpit macam sardin.

Maka kitorang pun mula menuju ke Airport. Bila kereta dah berjalan, kitorang terperasan 1 benda yang mencurigakan. Teksi tu tak start pun dia punya meter. Saya pun baru teringat yang kitorang tak tanya pun berapa harga tambang tu. Bila ditanya, dengan selamba pakcik tu cakap 2000 bhat. Pergh ini memang betul-betul cekik darah. Padahal haritu dari Airport ke Mochit baru 180 bhat. Semua dah rasa geram dah, kitorang dah mula tak puas hati. Tapi malangnya kereta dah start jalan, nak suruh dia berenti and drop kitorang takut dia drop kitorang kat tempat yang lagi jauh. Risau jugak takut dia panggil kawan dia apa-apakan kitorang. Jadi pilihan yang ada adalah mintak tawar. Bertekak jugak lah dalam kereta tu. Last-last kena bayar 1600 bhat jugak. Korang semua nanti kena berhati-hati sikit bila nak naik teksi, takut kena ambik kesempatan macam apa yang berlaku kat kitorang.

Muka happy sebab dapat sampai airport

Ok. Cukup pasal kisah titik hitam, kita berbalik semula dengan trip ke Krabi. Kitorang naik flight Thai Lion Air. Perjalanan dia lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai je Krabi, kitorang naik van menuju ke Hostel kitorang (dah trauma naik teksi!! haha).

Geng-geng anti sosial. Pantang dapat Wifi!

Lepas rehat and solat, kitorang pun makan lunch dekat dengan hostel tu. Sebelah kedai makan ada kaunter tiket untuk booking trip naik boat untuk island hopping. Biasanya kalau kita ambik trip petang ni, orang akan ambik pakej 4 island. Pakej ini include melawat buah pulau, sunset bbq kat Chicken Island, snorkeling dan berenang dengan plankton di waktu malam.

Malangnya call out time untuk trip ni lebih kurang pukul 2pm macam tu. Saya tengok jam, dah pukul 2.45pm. Trip tu dah tak available. Then kitorang deal jugak la dengan orang yang jaga kaunter tu untuk charter 1 boat. Boat tu akan bawak kitorang jalan-jalan pergi pulau kat atas, cuma tak include sunset bbq and balik ke darat before sunset. So kitorang pun setuju and ambik that pakej.

Dalam 15 minit lepas tu, ada 1 pajero datang ambik kitorang pergi menuju ke jeti. Kalau kat Krabi korang jangan risau, biasa kalau ambik trip memang include pengangkutan dari hotel ke jeti pergi dan balik.

Kitorang naik bot kayu je. Memang seram sikit, tapi jangan risau sebab life jacket ada disediakan.

Bila bot da start bergerak, tengok cuaca kat luar gelap pulak. Rasa risau takut hujan lebat pulak. Dah la naik bot kayu je.

Subhanallah. Cantiknya Pulau batu ini. Bentuk dia menarik dan sama macam kapal.

Alhamdulillah, selepas 10 minit langit jadi cerah balik. Rezeki kitorang kot. Maka perjalanan kitorang untuk mengilingi pulau menjadi lebih mudah dan selamat.

Seronok naik bot ni. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa walaupun ada member kepeningan haha

Selepas 20 minit perjalanan, bot kami tiba di Phra Nang Beach. Kat sini terletaknya Phra Nang Cave yang menurut mitosnya boleh meningkatkan kesuburan korang haha.. Kitorang lalu je kat pulau ni, tak berhenti pun disebabkan masa yang sedikit suntuk.

Cantik kan pulau ni. Air yang jernih

Driver of the day

Siapa yang tak rasa happy kalau dapat tengok pulau yang cantik ni

So perjalanan diteruskan lagi sehingga ke Chicken Island. Apa yang menariknya tentang pulau ni, apabila air telah surut di waktu petang, maka akan terdapat satu laluan yang boleh menghubungkan dua pulau.

I want stay here forever
Mendarat di chicken island
Apahal pelik sangat la gaya korang ni?? haha
Gambar bila air dah surut. Canik kan
Sesi bergigam bermula!

Selepas puas bergambar kat Chicken Island, kitorang pun menuju ke Poda Island. Sini pun port yang cantik jugak untuk korang bergambar.

Poda Island

 

Malangnya, tak lama lepas tu hujan pun turun. Sebenarnya tak puas lagi kitorang bergambar kat sini, tapi apakan daya kitorang terpaksa balik sebab hari pun dah nak gelap.

Cuaca kat luar da gerimis, abang driver ni memang gigih selamba ja bawak bot ni dalam hujan. Respect!
Sunset view
Terima kasih to abang driver sebab bawak kitorang jalan-jalan. Alhamdulillah selamat jalan dan selamat kembali.

So bila sampai haritu pun da nak gelap kan. Kitorang suruh driver pajero tu drop kitorang kat tepi jalan. We go for street food, and it was very-very yummy and delicious. So itulah pengakhiran trip perjalanan pada hari ini yang agak panjang.

Sedap gila. Sumpah tak tipu.

 

Bangbi (Bangkok + Krabi) Trip Day 3

Sawadikap. Alhamdulillah dah 2 hari kitorang bercuti di Thailand. Banyak tempat menarik kitorang dah lawat. Walaupun dah masuk hari ketiga, banyak lagi tempat yang nak dituju harini. Untuk trip harini, kitorang plan nak melawat the famous Thai-Burma death railway.

Ternampak taxi kuning yang sangat striking
Banyak pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan.

Tempat pertama yang kitorang nak melawat harini adalah kwai river bridge di area Kanchanaburi. Tempat ni memang sangat terkenal dan mempunyai sejarah tersendiri. Tempat ni merupakan sebahagian daripada famous death railway.

Selfie of the day. Bukan senang nak ambik gambar selfie hehe
Train ni melalui laluan Death Railway. Korang boleh pilih untuk menaiki train ni ataupun naik van.

Untuk makluman landasan keretapi ni dibina ketika Thailand ditawan oleh Jepun. Prisoner of war (POW) ataupun tahanan perang telah dikerahkan untuk membina landasan keretapi tersebut. Dianggarkan beribu POW telah kehilangan nyawa ketika membina landasan tersebut kerana kawasan persekitaran yang sukar.

Gambar di atas bridge. Bawah tu Kwai River.
Muka tak puas hati orang kacau selfie

Disebabkan itu landasan tersebut dipanggil death railway. Selain itu jambatan ini merupakan sasaran utama oleh tentera bersekutu ketika serangan bom udara.

Pengamen jalanan versi Thailand
Pengamen Malaysia + Thailand bergabung

Kwai River

After dah habis bergambar, kitorang pergi menuju ke Thamkasae station. View death railway dari stesyen ni sangat menarik. Korang boleh jalan di atas landasan dan lihat keindahan sungai di kawasan sekitar. Perjalanan dari River Kwai ke sini lebih kurang sejam.

One of the beautiful mountain yang kitorang encounter di sepanjang perjalanan

 

Thamkasae station
Korang boleh jalan sepanjang landasan ni. Cuma cuaca agak panas sikit.
Keretapi dah sampai. Naik-naik!!

Selepas tu perjalanan diteruskan ke Erawan waterfall. On the way nak ke sana tu, kitorang singgah sembahyang kat tepi jalan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Selesai solat tu kitorang singgah tepi jalan untuk tapau makanan untuk menjimatkan masa perjalanan disebabkan Erawan Waterfall tutup awal.

Perjalanan ke Erawan mengambil masa lebih kurang sejam. Air terjun kat sini memang terbaik. Apa yang unik di sini, tempat ni ada 7 tingkat air terjun.

Tempat bersantai, tepi air terjun.
Inilah makanan yang kitorang tapau tadi. Nampak sedap kan.
Air terjun kat sini penuh dengan ikan. Memang seronok dapat tengok banyak ikan.
Air terjun tingkat kedua

Sayang nya kitorang tak dapat nak mandi lama kat sini. Tips untuk sapa-sapa yang nak datang, better korang datang awal kat sini sebab nanti tak puas mandi macam kitorang. Then its time to take picture dengan Bobby. Today adalah last trip dengan dia. Kalau korang semua nak jalan-jalan di Bangkok memang di galakkan untuk sewa van sebab banyak tempat-tempat yang menarik agak jauh dari bandar.

Kenangan bersama Bobby

Bangbi (Bangkok + Krabi) Trip – Day 2 Lopburi + Ayutthaya

Sawadikap!! Apa kabar semua? Untuk hari kedua ni, kitorang pergi menuju ke Lopburi untuk menyaksikan keindahan bunga matahari. Sebelum ni tengok gambar orang lain je kan selfie dengan bunga matahari, hari ni turn kitorang la pulak. Perjalanan dari Bangkok ke Lopburi agak jauh (lebih kurang 3 jam), kitorang sewa satu van besar muat untuk 10 orang macam tu, selesa dan mudah. Kos sewa lebih kurang 4500 bhat sehari (depends on jarak and lokasi).

Gambar signboard yang mencuri perhatian aku

Dekat area Lopburi tu ada banyak padang bunga matahari. Masa kitorang sampai tu ada padang bunga matahari yang dah clear dah, bunga matahari dah mati. So better korang make sure korang datang pada musim yang tepat. Driver kitorang sempat tanya kat orang kampung sekitar lokasi padang bunga matahari yang masih ada. Alhamdulillah ada padang bunga matahari yang besar yang masih elok lagi.

Member excited jumpa bunga matahari

Salam Design conquer Lopburi
Semua muka excited dapat bergambar dengan sunflower

Perasaan masa jumpa padang bunga matahari ni memang seronok sangat, tak pernah jumpa padang sebesar ni. Untuk makluman, kitorang spend dekat sejam lebih kat sini. Itupun tak sampai ke hujung padang. So kalau korang ada member yang suka sangat selfie tu, berhati-hatila takut spend 3 jam kat sini nanti haha. Tak jumpa jalan balik nanti.

Lepas dah penat bergambar, perut pun jadi lapar. Time untuk solat dan makan. Masa tu kita tanya driver sama ada dia taw tempat makan halal tak kat area situ. Lepas dia google, dia pun bawakla kitorang pergi makan kat tempat halal. Tempat tu memang tersorok, ada masjid kat area tu tapi saya memang tak tau nama tempat tu.

 

Kedai makan ni betul-betul kat depan masjid kitorang. Tapi disebabkan limited space, kitorang makan kat area masjid. Baru la lagi berkat kan?

Kitorang disajikan dengan daging masak sambal dan sup bebola daging. Tengok nampak simple tapi rasa dia memang sedap. Dont judge a book by its cover la katakan. Selepas lunch dan solat, kitorang pun pergi menuju ke monkey temple. Untuk makluman temple ni terletak di area bandar Lopburi, memang dekat sangat. Kat temple ni ada banyak monyet.

1 word of advice, beware dengan monyet kat sini sebab dorang tersangat-sangatla agresif. Korang jangan terkejut kalau tetiba dorang naik atas badan dan kepala korang. Saya yang biasa tengok monyet ni pun rasa takut dengan dorang.

Selepas tu, kitorang teruskan perjalanan dengan menuju ke Ayutthaya untuk pergi ke Wat Mahathat. Bandar Ayutthaya ni merupakan bekas ibu negara Thailand pada satu ketika dahulu. Sebab tu kat sini korang boleh nampak banyak temple besar dibina. Wat Mahathat ni merupakan antara temple yang menarik untuk di lawati. Struktur binaan dia memang menarik. Untuk masuk temple ni korang kena bayar dalam 5000 bhat.

Lepas dah habis pusing selfie satu Wat Mahathat, kitorang terus balik ke Bangkok untuk dinner. Malam tu dinner tak best so saya malas nak cerita. Balik dari dinner tu kitorang jalan kaki balik ke hotel. So enjoy the night view di Bangkok dengan melihat gambar-gambar kat bawah ni.

Suasana Bangkok di waktu malam

Gambar seorang pekerja tekun menghasilkan cenderamata

 

Bangbi (Bangkok + Krabi) Trip – Day 1

Assalamualaikum. Harini saya nak share pengalaman trip saya ke Thailand pada bulan Januari yang lepas. Untuk trip ni saya beli tiket agak lambat sikit. Alhamdulillah harga dia quite ok, tak terlalu mahal. Yela Thailand tu dekat je kan. Trip kali ini saya pergi dalam group yang besar sikit, total semua dalam 8 orang. Most of them kawan-kawan sama profession.

Bagi Trip kali ini, saya pertama kali cuba parking kereta kat Putrajaya Sentral. Saya rasa cara ini lagi berbaloi berbanding kebiasaan di mana biasanya saya akan suruh adik saya hantar terus pergi airport pagi-pagi buta. Parking di Putrajaya Sentral tersangatlah murah jika dibandingkan rate parking di KLIA2. Dari Putrajaya Sentral, saya naik erl menuju ke KLIA2.

Untuk permulaan trip ni kitorang pergi ke Bangkok dulu. Tapi flight ke Bangkok ni kitorang naik flight asing-asing. Saya ambik tiket AirAsia pukul 6.45 pagi bersama 3 orang kawan. Kawan yang lain pula naik Malindo. Nak dijadikan cerita flight Malindo tu sepatutnya berlepas pukul 7 lebih pagi, tapi delay sampai pukul 10 or 11 macam tu. Jadi geng yang naik flight Air Asia ni decide untuk pergi jalan-jalan dulu instead of tunggu dorang kat airport.

Sampai je kat airport tu kitorang naik taxi menuju ke Mochit Station. Kat airport tu ada 2 jenis taxi, kitorang ambik taxi budget dimana taxi tersebut akan guna meter + 50 bhat. So dari Airport ke Mochit tu dekat je dalam 15-20 minit. Dan kitorang kena dalam 180 bhat macam tu, berbaloi sebab cepat dan selesa. Mochit Station ni berdekatan dengan Chatuchak Park. So kitorang jalan-jalan dulu sementara menunggu geng yang lain. Korang boleh layan gambar ni dulu.

Naik taxi. Takde tuk tuk dari airport.
Naik taxi. Takde tuk tuk dari airport.
Mochit Station. Chatuchak Park ada kat seberang jalan.
n-30
Chatuchak Park
Bridge at Chatuchak Park
Bridge at Chatuchak Park

 

Disebabkan kitorang tak check in guest house lagi, kitorang menapak sambil bawak bag yang berat tu. Berat tu tuhan je yang tahu. Dah la ramai orang dan sesak kat sana. Masa jalan-jalan tu kitorang terserempak dengan Pelancong Malaysia, disebabkan kitorang tak sombong dan tegur sapa dorang, Allah bagi rezeki. Diorang bagi info ada tempat letak beg kat Chatuchak Underground Station. Moral of the story, kalau korang jumpa Pelancong Malaysia time travel, janganla buat-buat sombong. Rugi!!!

1-3

1-2

 

Then geng kitorang yang lain pun dah sampai. So kitorang pergi lah cuci-cuci mata kat Chatuchak Market, tempat yang boleh saya considerkan ala-ala Petaling Street minus CD pirate. Macam-macam barang ada dijual kat sini. Kitorang pun tengah cari tempat makanan yang halal kat sini. Lain kali kalau korang datang bolehla singgah kat kedai ni, rasa dia memang sedap.

 

 

1-4

 

1-6

 

Then kitorang pun bertolak menuju ke Wendy Guest House. Guest House ini agak strategik sebab dengan BTS Station dan dekat dengan mall. Dari Mochit tu kitorang naik taxi, harga dia dalam 160 bhat je.

Wendy Guest House
Wendy Guest House

Petang tu kami bertiga pergi naik Chaopraya Express Boat. Geng yang lain tak join sebab masih keletihan. So kitorang naik BTS train menuju ke Saphan Taksin Station. Kat sana kitorang naik Chaopraya Express Boat sebab nak tengok sunset, tapi sayang tak sempat. Kat sana ada banyak jeti, korang pilih boat yang menuju ke Tha Thien Pier.

 

1-9

1-13
Jangan tertipu, ini bukanlah Tha Thien Pier
1-14
Wat Arun ni bertentangan dengan Tha Thien Pier. Korang kena naik bot ke seberang kalau nak melawat.

Lepas turun kat Tha Thien Pier ni kitorang layan makan banana pancake dulu. Kalau korang datang Thailand tak merasa makanan ni memang rugi la.

Rasa yang sedap hingga menjilat lidi!

Malam da gelap, banana pancake pun dah dibaham, so kitorang teruskan perjalanan seterusnya untuk dinner kat MBK mall dengan member yang lain-lain. Kitorang try naik tuk tuk pulak. Harga dia boleh tahan murah la. Naik Tuk tuk ni pun one of the thing yang kene masuk to do list korang.

Tuk tuk
View from Tuk tuk
MBK Mall

Lepas makan kitorang jalan-jalan area sekitar tu. Ada Hard Rock Cafe Bangkok.

Lepas pusing-pusing sekejap, kitorang pun balik ke guesthouse untuk berehat.

 

 

Azam Tahun Baru

Seperti kebanyakan manusia, saya juga telah menetapkan azam tahun baru bagi tahun 2016. Dan seperti ramai yang maklum, kebanyakan azam tersebut adalah azam daripada tahun lepas di mana kita gagal untuk mencapainya kerana sering kali kita berhenti ketika di pertengahan jalan. Hasil pembacaan saya di Internet, saya telah menemui beberapa tips bagi memastikan azam tahun baru kali ini tidak kekal sebagai angan-angan sahaja.
Untuk capai azam tahun baru, kita kena tahu ke mana tempat kita nak tuju dengan jelas. Kita kene pastikan azam yang kita pasang itu mestilah spesifik. Sebagai contoh jika azam tahun baru kita adalah nak kurus kan badan, kita kene tahu apakah target berat yang kita mahu. Bukan sekadar hanya nak kurus. Pastikan kita ada angka yang spesifik, sebagai contoh 70kg.
15s
Selepas kita tahu ke mana kita nak tuju, kita kene tahu macam mana nak ke destinasi tu. Jadi kita kena tahu apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mencapai impian kita. Kalau kita nak berat badan 70kg, kita kena tahu apa yang kita perlu lakukan. Mungkin kita perlu lebih excercise. Pastikan berapa kerap exercise yang perlu dilakukan. Kita juga perlu jaga cara permakanan kita. Pastikan setiap langkah-langkah tersebut perlu dilakukan setiap hari ataupun setiap minggu secara konsisten. Sama juga kalau cita-cita kita untuk khatam al quran tahun ini. Kita kena pastikan berapa banyak muka surat kita perlu baca setiap hari. Pastikan kita ada jadual, supaya kita tidak leka ataupun terlupa.
15s-2
Satu lagi perkara yang perlu di ingat adalah kejayaan adalah satu perjalanan ataupun proses. Ianya bukanlah sekadar destinasi ataupun pengakhiran. Jadi apa yang perlu kita fokus adalah proses ataupun langkah-langkah yang perlu kita lakukan setiap hari untuk berjaya. Pastikan anda istiqamah setiap hari barulah anda akan capai apa yang telah dirancang.

Trip To Melbourne Part 3

Harini adalah highlight trip kitorang kat Melbourne ni. Harini kitorang akan menuju ke great ocean road (gor). Kitorang nak melawat 12 apostles masa sunset. haa…romantik kan? Orang kata kalau pergi Melbourne tapi tak pergi Great Ocean Road (GOR), ibarat pergi KL tapi tak pergi KLCC. Rasa tak complete je trip tu. Untuk trip harini kitorang keluar awal sikit, sebab tempat dituju tu agak jauh. Jangan risau ye, syukur jugakla jalan yang digunakan adalah free, tak perlu bayar tol.
20150807_052530
Suasana pagi di Melbourne
Dalam perjalanan menuju ke GOR tu kitorang singgah isi pam minyak dulu. Maklumlah semalam pun dah jalan seharian kan. Cuma kat sini harga minyak dia tak sama untuk setiap stesyen minyak. Dekat luar stesyen minyak tu dia memang dah display siap-siap. So kat sini la korang kene uji balik daya ingatan korang untuk compare harga. Mencabar kan hahaha.. Tapi generally harga minyak kat bandar lagi murah sikit daripada yang kat outskirt.
Korang kene belajar dari makcik-makcik. Macam mana dorang pandai compare-compare harga kat kedai
Korang kene belajar dari makcik-makcik. Macam mana dorang pandai compare-compare harga kat kedai
20150807_064724
Range minyak yang ada. Korang kene pilih based on instinct korang. Pilih je yang paling murah
20150807_064735
Acah je. Jangan la lurus sangat. Korang boleh cek kat tempat nak isi minyak tu. Kalau tak sure, tanya company kereta awal-awal.
Tempat pertama yang kitorang singgah adalah Anglesea. Apa yang menarik? Kat sini korang akan dapat tengok tasik yang cantik dan juga jernih. Korang boleh relax and chill dulu kat sini. Boleh ambik selfie sikit, kirim kat kawan korang biar diorang geram sikit hahaha.
20150807_073734
Nice lake view
20150807_074550
Nampak romantik kan

20150807_074440

15a
On the way tu, kitorang nampak satu view beach yang sangat cantik

 

Then kitorang pun sampailah kat pintu masuk Great Ocean Road. Great Ocean Road ni bukan lah satu tempat, tapi lebih kepada satu kawasan atau satu jalan yang panjang di persisiran pantai. Daripada pintu masuk GOR ke 12 apostles tu boleh tahan jauh dia. Sepanjang GOR tu memang view dia cantik dan memukau.
15d
15f
15e
Tempat seterusnya yang kitorang singgah adalah Lighthouse. Kitorang tak naik pun, cuma tumpang bergambar dulu kat sini. Terima kasih la kat tuan tanah.
15b
Rumah api
Perjalanan diteruskan lagi. Sepanjang perjalanan tu aku terpukau dengan pemandangan di tepi pantai. Walaupun perjalanan jauh tapi sikit pun aku tak rasa bosan.
15g
Next stop kitorang singgah berehat di Apollo bay untuk lunch dan solat. Tempat makan yang dituju adalah Iluka. Jangan risau tempat ni ada logo halal yang di displaykan. Bila korang kat luar negara ni, kadang-kadang memang susah nak jumpe tempat solat. Jangan la korang bayangkan yang kitorang ni sembahyang kat surau macam kat R&R Tapah tu. So kat Apollo bay ni kitorang tak jumpe pun tempat solat. So kitorang pergi kat kawasan lapang belakang restaurant dan bentang sejadah. Kalau korang kat oversea, macam ni je la cara untuk solat. Solat tu kan tiang agama, tak kan la korang nak tinggal sebab tak de surau.
15h
Malaysian people detected
15i
Solat di perantauan
15j
Restoren Iluka
Then kitorang teruskan perjalan. Selepas dari Apollo bay, kitorang pergi menuju ke Loch ard gorge. Tempat ni memang dekat dah dengan 12 Apostles. Loch ard gorge ni memang cantik pemandangannya. Lagi satu ada kisah tragik yang pernah berlaku kat sini. Then barulah kitorang pergi ke 12 apostles. Highlight untuk trip kali ini. One word, view dia memang awesome. Tak perlu nak cakap panjang, korang boleh tengok gambar yang kitorang ambik kat sana.
15l
View from the top
15m
Our happy face
15n
15o
12 Apostles
 15q
15s
Korang tunjuk apa tu?
Dah puas bergambar and selfie, then kitorang pun pergilah drive balik ke Melbourne. Hari dah gelap, kitorang decide untuk guna route yang lain. Route ni tak lalu tepi pantai and jarak dia pun lagi dekat sikit.

Trip To Melbourne Part 2

So harini kami teruskan journey kami pada hari yang ke dua dengan menuju ke Phillip Island. Untuk menjimatkan masa dan kos kami dah sarapan siap-siap di apartmen. Kitorang makan cereal je pagi tu.

Selfie dulu kat depan lif

Lokasi dia agak jauh dari bandar, jadi kami bercadang untuk menyewa kereta di sana. Alhamdulillah, kat Aussie ni cara pemanduan sama dengan Malaysia, driver di sebelah kanan. Kami telah booking kereta Almera automatic dari syarikat EastCoast Car Rental. Office dia pun tak berapa jauh dari apartment kami.

Sedikit info, company ini tak terima cash, hanya kad kredit sahaja. Jadi better korang call bank untuk aktifkan kad kredit korang untuk international transaction. Kereta sewa disana ada electronic tag, jadi kalau korang guna laluan highway yang berbayar jangan sibuk kalut nak cari pondok tol. Semuanya automatik, toll tersebut akan dicas pada kad kredit korang. Canggih dan mudah kan?

Urusan di kaunter kereta sewa
Urusan di kaunter kereta sewa
Selepas urusan di kaunter selesai, kami terus ambik kereta tersebut di tempat parking yang tak berapa jauh.
Jadi bermulalah perjalanan kami ke Phillip Island. One thing yang saya sangat tak suka disini adalah had laju dia yang sangatlah slow. Average is 80 and paling laju pun 100 je. For typical Malaysian like me, memang stress betul dengan speed limit dia. Jalan pulak memang kosong and clear je. Tapi scenery dia memang menarik dan memukau.
Drive in the Melbourne
Drive in the Melbourne
Tempat pertama yang kami tuju adalah Maru Koala Park. Mula-mula aku agak skeptikal nak singgah sini. “Hey kalau takat zoo je, Malaysia pun ada kan!” tapi aku follow je la sebab member aku nak pergi kan. Tapi kan actually tempat ni memang menarik and seronok.
Entrance
Entrance
The reason is korang boleh duduk dekat-dekat dengan kangaroo tu. Memang kangaroo tu dibiarkan bebas je. So boleh la korang bagi makan dan selfie dengan kangaroo tu puas-puas. Disini juga ada disediakan satu ruang kosong untuk pengunjung solat. Tapi korang kene ambik wuduk kat toilet dia la.
Cute Kangaroo
Cute Kangaroo
Syok dapat pegang Kangaroo and bagi dia makan
Syok dapat pegang Kangaroo and bagi dia makan

maru

Then kitorang pun meneruskan perjalanan ke Philip Island. Sebelum sampai Philip Island korang akan jumpa satu jambatan. Setelah sampai, perut pun dah lapar. Kitorang pun pergi lah menuju ke Pannys Philip Island Chocolate Factory. Alhamdulillah ada jual makanan halal kat sana. The best part is dia ada jual nasi kat situ. Memang perut melayu betol nak makan nasi ni.
Makan nasi. Yeay!!
Makan nasi. Yeay!!
Bila dah kenyang, kitorang pun teruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu The Nobbies Centre. Tempat ni terletak kat hujung Philip Island, view dia memang Subhanallah. Cantik sangat!
beach
View kat Noobies Center
View kat Noobies Center

noobies3

Then kitorang terus meneruskan perjalanan pulang. Tak boleh lewat sangat sebab hari dah nak malam. Esok nak jalan jauh lagi kan.

Snap gambar kat padang on the way nak balik ke bandar
Snap gambar kat padang on the way nak balik ke bandar
Balik tukar driver, sebab da ngantok haha
Balik tukar driver, sebab da ngantok haha

Kitorang sampai Melbourne dalam pukul 7 lebih. Hari dah malam, so kitorang park kereta then terus pergi makan. By the way parking kat apartment tu memang mahal gila. So kitorang pun carik parking kat tepi bangunan. Murah, tapi kene pandai carik la. Alhamdulillah kitorang dapat parking kat tempat yang tak berapa nak jauh dari apartment kitorang.

Makan kebab potong dua sebab besar sangat and nak save
Makan kebab potong dua sebab besar sangat and nak save

Trip To Melbourne Part 1

Hari ini saya nak share sikit pengalaman saya bercuti ke Melbourne Australia. Kenapa saya pilih Melbourne? Apa yang menarik kat sana? Kalau nak tahu apa yang menarik, jom baca pengalaman saya di sana.

Untuk makluman Australia adalah negara keenam terbesar di dunia.

Untuk trip kali ini, agak special sikit sebab ada perempuan jugak yang join. Biasanya saya pergi bersama kawan lelaki sahaja. Kali ini kami pergi berempat, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Jangan risau, sebagai orang islam, batas pergaulan masih perlu dijaga walaupun pergi negara orang.

Trip ke Melbourne ni adalah pada bulan Ogos 2015, masa ni sedang musim winter dan cuaca dia sangatlah sejuk sekali tetapi tidak bersalji. Waktu musim winter adalah dari bulan Jun sehingga Ogos. Boleh rujuk sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Saya beli tiket flight AirAsia agak lewat sikit, lebih kurang bulan 3 or 4 macam tu. Harga tiket flight pula adalah RM1232.16 termasuk makan tapi tak termasuk luggage.

Jadi perjalanan kami bermula dari klia2 pada pukul 11.45 pm. Untuk makluman, flight akan mengambil masa selama 8 jam. Jadi digalakkan untuk book makanan supaya tidaklah kebulur nanti. Waktu Australia adalah awal 2 jam. Kami tiba di Melbourne lebih kurang pukul 9 lebih waktu tempatan.

View From Top
View From Top

Untuk pengetahuan pihak kastam Australia adalah sangat ketat. Terdapat makanan dan beberapa barang yang tidak dibenarkan dibawa seperti dairy product dan kekacang. Jadi digalakkan untuk membuat research terlebih dahulu bagi memudahkan urusan di kaunter kastam nanti.

Selepas selesai urusan di imigresen and kastam kami teruskan perjalanan kami menuju ke bandar dengan menggunakan Sky Bus. Untuk makluman harga tiket untuk seorang adalah 18AUD. Tips yang saya baru tahu adalah, jika anda booking untuk 4 orang di dalam satu keeping tiket seperti di bawah, anda akan diberi diskaun. Harga bagi setiap orang adalah 16 AUD.

Tiket Sky Bus
Tiket Sky Bus

Sedikit Info berkenaan Sky Bus
Ada free wifi 😉
Bas dari airport akan hantar anda ke Southern Cross Station
Dari Southern Cross Station, pihak Sky Bus ada menyediakan perkhidmatan hotel transfer dimana anda akan dihantar ke tempat penginapan anda secara percuma. Anda boleh check senarai hotel yang terlibat di dalam website mereka https://www.skybus.com.au/ Sekiranya hotel anda tiada dalam senarai, kemungkinan besar mereka akan hantar ke hotel di dalam senarai yang paling terdekat. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui email terlebih dahulu.

Kami telah memilih untuk stay di Milano Apartment. Saya sangat recommend tempat ini kerana fasiliti yang lengkap dan selesa. Lokasinya juga sangat strategik. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.
Kami tiba di Milan0 Apartment lebih kurang pukul 10 pagi. Oleh kerana check in pukul 2, kami pun request kat kaunter untuk tumpang bagasi sebab kami plan nak terus pergi berjalan dulu dan lunch. Tempat pertama yang dituju adalah & eleven. Kenapa? Sebab kami nak beli myKi.
Destinasi pertama yang kami tuju adalah State Library Victoria. Lokasinya adalah sangat dekat dengan apartment kami. ada free wifi, Suasana library dia sangat menarik dan senibina yang mengagumkan. Secara xlangusng buat orang tertarik untuk masuk library.

Infront of The Victoria State Library yang besar
Infront of The Victoria State Library yang besar
Ada Chess kat depan Library
Ada Chess kat depan Library
Inside The Victoria State Library
Inside The Victoria State Library

Seterusnya kami pergi berjalan kaki menuju ke Flinder Station. Berhampiran dengan Flinder Station ada beberapa tempat makan yang halal. Kami bercadang untuk menuju ke restoren Lord Of Fries. Makanan di sini memang dah disahkan halal. Bagi saya makanan di sini okey-okey sahaja, ye lah makan kentang kan. Lagi satu, bila makan kat sini janganlah anda gatal-gatal nak convert duit tu dalam RM. Haritu saya makan kentang dengan African cheese, total adalah 9.50 AUD. Kalau kita fikir, makan kentang dengan harga RM30. Bunyi macam tak berbaloi kan, alamat kebulur la kat sana nanti.

flinder

Kentang RM28, kau ada?
Kentang RM28, kau ada?

Lepas lunch kitorang decide untuk pergi ke Shrine Of Remembrance. Tempat ni dekat je dengan Flinder Station. Kami pergi kesana dengan menggunakan tram. Apa yang menarik kat sini adalah pemandangan sekeliling yang agak menarik. Struktur bangunan dia pun agak unik. Boleh la korang bergambar kat sini.

View from the top
View from the top

Selepas puas bergambar, kami pun menuju balik ke apartmen untuk check in. Apa yang saya sangat suka dengan Milano Apartment ini adalah terdapat supermarket Aldy kat bawah dia. Senanglah if korang nak beli barang dapur atau snek. Harga susu kat sini sangatlah murah dan ada pelbagai variety kat sini. Lepastu kami pun check in masuk bilik.

Hasil hari ni
Hasil hari ni

Harga untuk apartment kami adalah RM2086.39 (including hotel tax 10%). Kami stay untuk 4 hari sahaja, kiranya sehari bayar RM521.60 = 180 AUD. Kami ada empat orang, jadi total setiap orang hanya perlu bayar 180 AUD sahaja sepanjang di melbourne. Untuk wifi, kita kene bayar additional 5AUD sehari (unlimited usage and multiple device). Apartment kami sangat-sangatlah cantik. Facilities pun complete. Ada heater, peti sejuk, dapur, mesin basuh, dryer pakaian. Bilik pun ada dua dengan total katil single ada empat. Memang puas hati dan selesa. Saya sangat recommend kat korang semua untuk duduk di apartment ini.

Hotel Lobby
Hotel Lobby

Bedroom
Bedroom

View from kitchen
View from kitchen

View from top
View from top

Selepas selesai berkemas, kami pergi berjumpa seorang kawan kami yang belajar di Melbourne. Nak kata rezeki kan, so malam tu kitorang pergi melawat Winter Night Market di Queen Victoria Market. Ianya hanya dibuka pada malam rabu sahaja, banyak food vendor yang menarik boleh didapati. Selepas itu korang menuju ke restoren Mongolia untuk dinner.

wintermarket

Mongolian Restaurant
Mongolian Restaurant

mongolian2

Papan Tanda Kedai
Papan Tanda Kedai

Cara Untuk berjaya – Fokus Pada Kuantiti Bukan Kualiti (Pada Permulaan)

Jika anda ingin menjadi penulis yang berjaya, anda perlu menulis dengan banyak.

Jika anda ingin menjadi pemain bola sepak yang hebat, anda perlu berlatih dan bermain dengan banyak.

Anda tidak dapat menulis dengan hebat dan menarik pada permulaan anda mula menulis. Sebab itu, pada permulaannya kuantiti lebih penting daripada kualiti. Jika anda menulis 1000 kali, pastinya anda akan menulis dengan lebih bagus daripada orang yang menulis 10 kali.

Apa yang penting, jangan mudah putus asa. Jangan berhenti menulis sekiranya anda gagal pada permulaan. Fokus pada kuantiti. Selepas menulis dengan banyak, cuba anda banding kualiti anda yang sekarang dengan pada permulaan.

Pada permulaan, fokus pada kuantiti, bukan kualiti.